Tuesday, September 21, 2010

Aku bergurau senda dengan butang aksara..

Kali ini penulis pergi ke sebuah kampung untuk mengupas sisa peninggalan penjajah di kampung tersebut(nama kampung terpaksa dirahsiakan mengelakkan paparazi).Penulis yang ditemani seorang tutor Also Known As yang jaga merangkap jurugambar serta ditemani seorang penduduk kampung iaitu En.Sauki.Penulis dan rombongan telah menyewa sebuah kereta pacuan 4 roda iaitu Wigon biru yang combat sekali.Perjalanan terpaksa diteruskan dengan berjalan kaki kerana stereng kereta tersebut tercabut.Krew Kalomatanda dibawa En.sauki ke rumah responden yang hanya mahu dikenali sebagai Jeel Sparow.Walaupun agak keterlaluan permintaan tersebut penulis terpaksa menunaikan permintaan beliau.Responden En.Jeel menunjukkan salah satu sumber yang masih kekal dalam peti besi beliau yang dipasang Alarm.Jika dilihat ianya hanya benda biasa sahaja.Tapi ternyata ia ialah selipar Jepun.(gambar).     
Beliau manegaskan dia telah membelasah tentera pejajah tersebut dan merampas selipar itu.Jurugambar tertarik dengan satu baju yang mempunyai lubang seperti kesan terkena rokok.Tetapi penulis dikejutkan oleh pengakuan beliau yang mengatakan dia pernah ditembak oleh tentera Jepun.Katanya lagi "Pantang maut sebelum ajal".Penulis yang ingin kepastian dan kesahihan cerita tersebut menyuruh beliau menunjukkan kesan di badannya manalah tahu berparut.Ternyata sangkaan penulis meleset,tiada kesan parut mahupun seinci.Katanya,dia sudah melakukan rawatan laser.Ternyata yang ada cumalah Phanau yang hampir-hampir menyamai bentuk benua Afrika.Namun begitu,sesi fotografi bersama beliau x dapat dijalankan.Ini kerana beliau belum siap menyikat rambutnya dan masih berfikir posing apa yang beliau mahu.Adakalanya,beliau menunjukkan simbol peace,bertiarap,mencangkung dan memeluk tiang.Penulis dan tutornya tidak sanggup menunggu dan setelah bersalaman maaf zahir batin dengan En.Sauki mereka pun berangkat pulang.Ditengah perjalanan driver kereta Combat tadi sibuk mencari stereng keretanya yang dibuang olehnya sendiri di semak samun.
                                                                      ( Benua Africa )